Khamis, 1 September 2016

SEMINAR TARIKAN G.R.I.D - SIRI 1

Korang...dah lama zura tak hupdate. Bersawang sungguh ni.hahaha. As salam and slam sejahtera korang pembaca blog. zura nak share satu pengalaman yang amat-amat bermakna yang tak pernah zura rasa kelainan pada seminar-seminar yang pernah zura hadir.

Tajuknya tu kan "TARIKAN". Memang menarik dan tertarik taw zura lepas habis seminar tu. Seminar tu bukan hanya untuk kita yang berniaga sahaja tapi more..more..and more to kita punya ketahanan mental,emosi. Ye la kan..kalau kita yang baru berjinak-jinak nak berniaga online ni, wajiblah mental dan emosi tu kena seteguh tembok China. Nanti ada customer dok asyik  "PLS PM, PM PRICE SIS" pastu tanya macam-macam pahtu krik..krik..krik.. ADa yang meroyan tu.

Masa zura selitkan nama dalam seminar tu, ya Allah bertuah sangat dapat join.Dah la limited seat, input yang kita dapat tu,lebih dari kos yang kita bayar. Sangat berbaloi dan paling penting, kita perbetulkan semula nawaitu kita nak berniaga tu. Inshaallah,semoga dengan nawaitu kita yang baik tu dapat membantu orang lain yang masih mencari-cari sesuatu yang mereka perlukan dalam keadaan kos sara hidup sekarang ni. Ehh panjang berjela pulak zura cerita kan..Confirm korang boring dok membaca je. Marilah kita menikmati pemandangan dan suasana Seminar tempoh hari



Di jam 7 pagi dah terpacak depan Shah alam Convention Centre. siapa lambat kena denda taw. Nak dapatkan ilmu,mesti on time






 Seperti biasa sebelum kita mendapatkan ilmu, wajiblah kita memohon pada DIA semoga ilmu yang kita ambil ini berkat dan bermanfaat untuk dikongsi bersama yang lain.

Seminar ni ada 2 sesi. Sesi pertama-Pagi: Bengkel berkumpulan. Ada 8 kumpulan dansetiap kumpulan diberikan tugas-tugas yang berlainan. Setiap kumpulan hanya diberi 1/2 jam untuk berbincang sebelum dibentangkan. Ada hadiah menanti taw.

Zura kumpulan ke 3: SETTING APPOINMENT

Bagaiman kita nak setting appoinmet dengan client.Apa perlu kitabuat sebelum jumpa client.apa yang perlu kita bawa untuk jumpa client. Banyak yang kita dapat bila idea datang dari pelbagai otak kan. Kekadang tu kita macam ehh..tak terpikir plak cenggitu tak bole..gituu


 P.R.I.D.E nama kumpulan kami diberi. Kami dipantau oleh CDM-CDM yang hebat dari Sabah.@ orang CDM selepas si munga tunggal dalam kumpulan.hihi Setiap dari kami ni bernaung dari Syarikat yang sama iaitu SHOM .Setiap dari kami jugak mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing. Premium Beautiful, Minyak JTX, Maharani, Bio Evolve dan lain-lain. Seronok taw .

Alhamdulillah, rezeki kami menang dalam presentation tu..dapat Naib Juara. "USAHA.. KAYA..BERJAYA" - our motto



Selepas lunch and solat, kita terus ke Sesi ke 2. Sesi ni paling dinanti-nanti setiap ahli jemaah yang hadir.  Penceramah Dr Muhamad Bin Jantan - Perunding Motivasi & Psikologi berkongsi dengan kami  "apa itu tarikan GRID" . Seorang yang low profile,sangat santai membuka minda kita.yang penting bagi zura sendiri,tak cukup lebih kurang 3 jam dengar kata-katanya. Lepas ni pasti nak join Talk beliau.



Rezeki zura hari tu. Lucky draw dapat perfume kereta bau orenn..wangi kereta kita. Apapon hadiah yang kita dapat, ia tetap rezeki untuk kita. Heii dapat perfume kereta pon,,zuracanang dalam Instagram..siap share dekat group adik beradik and gegar dekat whatsapp incik suami. Betapa seronok nya. Kita antara yang bertuah.


Family photo :GLAMpreneurs. Ambil mood Italy tu. Inshaallah sama-sama kita berjimba-jimba di Italy.


BC Group potret. Sebahagian dari Beautiful Group yang dapat hadirkan diri. Muka xcited pakai mask tu. Comey


Ni muka-muka kami selepas menangis. Kenapa kami menangis? jeng..jeng..jeng


Nak tengok lebih banyak gambar sekitar semianr tu, boleh terus ke fb zura ye :Azura Naser


Our big family with Dr. Muhamad  Bin Jantan. Wajib la bergambar. Siapa dapat cari zura,kita banje kopi..hihi

Owh ya. Siri ke 2 bakal diadakan bulan Oktober nanti. Sesiapa nak joint boleh booking terus ke nombor zura +6017.391.3924 Bayaran RM150. Lokasi akan diberitahu kelak. rugi siapa tidak hadir. Rugi sesangat.. Serious,zura tak tipu.

Jumpa korang nanti Oktober nanti


Khamis, 12 Mei 2016

DIAMOND NIGHT 2016

Berita terkini. Haaa dah lama tak menulis. cerita terkini nak share tentang malam yang penuh WOOWWW!!

hai readers.

Tanggal 23 April yang lepas, telah berlangsung Diamond Night di PICC, Putrajaya. Majlis ni majlis penganugerahan kepada usahawan-usahawanita Sahajidah Hai-O .Seronok kan bila kita berniaga,pastu diraikan,dapat makan sedap-sedap dan paling ramai kaum hawa suka adalah melaram. Masa ni la kan nak melaram baju-baju dari designer-designer terkenal,RTW pon malah muka dilakar dari hasil seni make-up artis yang jemari derang lembut gemalai.

Jom cantik kan mata korang dengan aksi-aksi kami; Beautiful Circles Group


tiket wajib bawa.Kalau tak,rugi la tak boleh masuk dewan. Untuk pertama kalinya,tahun ni,majlis Diamond Night bermula seawal 2 petang.Sebab apa? Mestilah kerana ramai usahawan SHOM berjaya capai pangkat dalam berbisnes. Siapa cakap SHOM syarikat yang tak kukuh???


Zura dengan MUA @Rina. Kenal pon dekat Facebook. Cikgu ni cantik dan zura selalu  beli handbeg dari dia.  Kalau korang nak dapatkan hasil sentuhan beliau..pergi ke FB nya Erma Sharina okies



Kami yang dah sampai awal. Tak da la jadi sawan kamera sangat.hihihi


Insha Allah my turn pulak lepas ni.Doa kan ye.




Candid photo. Ada paparazzi suka ambil gambar curi..hihihi. Makanannya memang sedap. zura siap menambah taw.Bayangkanlah bila kita Premium Beautiful, secara automatik perut kita akan terima sedikit je portion makanan.Tah apa yang buatkan zura bertambah,lepas tu senak perut..hahaha



Bersama incik suami yang sentiasa jadi pengkritik,banyak karenah dan penyokong serta driver zura kemana-mana. Sama-sama buat busines SHOM walaupon secara mata kasar memang nampak incik suami macam so so je dekat isterinya.Tapi bila dye bagi buah fikiran untuk mantapkan bisnes isterinya..haaa boombombom



Zura bersama princess malam tu. Akhma ambil award DSM.Bekas staf nurse ni sangat tegas taw. Sekali dia bagi nasihat,kongsi ilmu dah macam dia pulak kakak.. Bersyukur sangat zura kenal dengan Akhma ni yang sentiasa positif aura je dikongsi.Orang Penang ni..korang kenai ka?



Ni zura bersama kak Su. Umur lewat 30-an.Paling kagum dengan kak Su ni, mestilah beliau telah kurus sekarang taw.Seorang surirumah je.Bak kata kak su;sebelum ni dye tak tahu pon sosial media..tapi sekarang buat bisnes kencang.Pengguna tegar Set Kurus Bajet. Siapa cakap surirumah tak boleh berjaya??


Family Beautiful Circles Group dibawah bimbingan CDM Naa Kamaruddin dan suaminya DDM Ashraf Naseruddin. Suami isteri ni sentiasa bantu kami dalam bisnes, kongsi tips info terkini. Sama-sama berjaya capai impian masing-masing. Sebahagian dari kami ada suami yang tak dapat hadir. Seronok kan bila suami isteri berniaga bersama. Banyak masa bersama. Inshaallah kami pasti macam mereka jugak.



Beautiful Circles Group in action. Usahawanita yang berjaya,berdikari dan sentiasa menjana pendapatan untuk membantu suami dari segi kewangan, banyak masa dengan famili. Memang seronok taw bila kita kerja sendiri ni.




Adakah anda Next Top Agent? Come join us.



**Korang nak masa yang banyak dengan famili?
**Korang nak melancong free?
** korang nak cari duit raya?

Call/Whatsapp/Telegram: 017.391.3924


Jumaat, 15 April 2016

REBRANDING MINERAL COFFEE













Pengguna tegar Mineral Coffee wajib ambil peluang terakhir ni untuk memborong dengan harga lama. Kenapa harga naik? Kerana produk Hot Trends ni akan diselaraskan namanya di seluruh negara. Rasa serta bahan kandungannya tetap sama. Jadi korang jangan risau okies.

Meh cepat-cepat order. Call zura 017-3913924

Khamis, 31 Mac 2016

.....because I am a QUEEN

Salam sejahtera reader semua. Semoga sihat dan bertenga hari ini. Kita kan wanita terhebat. Zura nak share macam mana nak jadi QUEEN. Ratu kepada siapa? Sudah semestinya kepada suami tersayang dan anak-anak. 

Korang mesti pernah dengar pil Maharani kan? Itulah yang zura nak share ni. Jom kita fahami dan lepas ni kita amalkan sama-sama ye. Zura sedang amalkan :)

KISAH HERBA MAHARANI

  • Nama lain adalah Beijing Te Zhi Bai Wan
  • Menggabungkan 16 jenis ramuan bernilai dengan pati ayam hitam sebagai ramuan utamanya.
  • Produk keluaran Beijing Tong Ren Tang yang merupakan tanda perniagaan yang bersejarah melebihi 300 tahun dan merupakan pembekal tunggal ubat-ubatan kepada kerabat Maharaja semasa dinasti Qing.
  • Maharani juga diiktiraf sebagai "spesis ubat herba yang terpelihara" pada tahun 1998.
  • Mendapat pengiktirafan HALAL oleh Pertubuhan IFANCA.


KEHEBATAN MAHARANI

  1. Bantu menyelesaikan masalah haid tidak teratur
  2. Bantu selesaikan masalah senggugut, keputihan
  3. Anti bakteria (sekitar faraj)
  4. Melegakan sakit pinggang, sendi-sendi dan lutut
  5. Melegakan migrain dan angin dalam badan
  6. Menguatkan hati dan buah pinggang
  7. Melegakan asma
  8. Menghilangkan bau mulut
  9. Baik untuk pesakit Diabetes
  10. Bantu menyelesaikan masalah buasir
  11. Merangsang hormon estrogen,progesterone dan androgen (hormon seks)
  12. Memberi kebahagiaan kepada pasangan (berkahwin)
  13. Kesuburan dan awet muda
  14. Mencantik,menegang dan melicinkan kulit
  15. Menaikkan seri muka
  16. Menegangkan payudara
  17. Menghilangkan kelesuan dan muka pucat
  18. Melambatkan proses menopous
  19. Menguatkan antibodi/imunisasi
  20. Melancarkan peredaran darah
  21. Memghilangkan perpeluhan pada waktu malam
  22. Amalan semasa berpantang
  23. Menambah darah semasa bersalin
  24. Menguatkan otot-otot rahim dan peranakan
  25. Memperbanyakan pengeluaran susu badan selepas bersalin
  26. Menghilangkan urat timbul
  27. Mengimbangi tekanan darah
  28. Meningkatkan kecerdasan minda.

SIAPA YANG BOLEH AMALKAN MAHARANI? 

** SI GADIS MANIS


 











** PASANGAN SUAMI ISTERI YANG BELUM REZEKI ANAK












** IBU MENYUSU





** WARGA EMAS 





** KULIT PON JADI CANTIK



kita ni tak dapat secantik Aishwarya Rai tapi dapat kulit bersih dan cantik macam dia pon jadi lah kan..hihiihi


SEBAHAGIAN TESTIMONI PIL MAHARANI















Kenapa kita terlalu fikirkan nak kurus sahaja. Apa kata kita set minda kita,jaga dalaman kita dan dalam masa yang sama kita dapat juga jaga kecantikan kita. Bak kata pepatah : KECANTIKAN ITU BERMULA DARI DALAM diri.


Untuk order atau pertanyaan,boleh hubungi zura 017-3913924. Sebulan kita perlukan 2 kotak ye.





Isnin, 22 Februari 2016

TIPS KESIHATAN BUAT WANITA 30-an

Woohaaa... dah lama tak menulis. Hari ni Jumaat, tak keluar ke mana time lunch, hupdate belog la. Zura nak share beberapa tips untuk kita yang dah menjangkau 3 series ni.. Alaaa angka je pon kan..hihihi. Selamat membaca. Bismillah

Sedetik menjangkau umur 30-an, kita sebenarnya disarankan untuk lebih kerap dan teliti dalam menjalankan pemeriksaan kesihatan agar tubuh badan kita boleh dijaga dan diberi perhatian dengan sepenuhnya. Ini kerana setelah menjangkau umur 30-an, tubuh badan akan mula menimbulkan kesan negatif jika tidak dijaga dengan baik melalui pemakanan dan aktiviti yang dilakukan.

Ketahui tentang kesihatan yang anda perlu fokuskan menjangkau umur 30-an.

1) Lakukan pemeriksaan kesihatan 

Inilah masanya untuk anda melakukan pemeriksaan kesihatan dengan lebih kerap.Lakukan ujian pap-smear, tekanan darah dan ujian darah untuk mengenal pasti tahap kolestrol dalam darah. Ini kerana dalam melakukan ujian dan pemeriksaan kesihatan dengan lebih kerap dapat menjaga kesihatan anda dengan lebih baik. Apatah lagi jika anda mempunyai penyakit keluarga melalui genetik, ia haruslah lebih diberikan penekanan agar ia boleh dijaga dengan lebih awal.




2) Senaman 

Tahukah anda bahawa semakin meningkat umur kita, semakin rendah metabolisme dalam badan kita. Ini bermakna risiko untuk anda menjadi obesiti adalah tinggi sekaligus menaikkan risiko anda untuk mendapat penyakit diabetes, penyakit jantung dan arthritis. Lakukan senaman fizikal dengan lebih kerap sekurang-kurangnya sekali seminggu. 




3) Amalkan makan sihat 

Apabila metabolisme anda berkurang ini bermakna bahawa anda tidak lagi digalakkan untuk memakan makanan ringan tanpa perlu berkira bila dan sekerap mana kerana ia akan  memberi impak kepada badan anda menjadi obesiti. Banyakkan memakan buah-buahan, sayur-sayuran, ikan segar dan sumber protein yang sepatutnya. Kulit anda juga akan lebih cantik dan sihat dengan pengambilan makanan yang sihat.

  

4) Pakai Premium Beautiful corset

Dengan memakai Premium Beautiful corset dapat membantu kita mengawal nafsu makan serta membantu kita menyorok lemak-lemak dibadan .Dengan pemakaian selama 8 jam sehari secara konsisten, dapat membantu memecahkan lemak-lemak yang ada dan paling disukai oleh kaum wanita: instant shaping serta-merta. Premium Beautiful corset juga anda boleh pakai ketika bersenam.

  



5) Ambil kalsium

Adakah anda mengambil kalsium yang cukup? Anda tidak akan lihat kebaikan mengambil kalsium sebelum menjangkau umur 30-an. Setelah umur anda menjangkau 30-an, risiko untuk tulang menjadi kurang berdaya tahan apabila sedikit demi sedikit kalsium hilang dari dalam tulang. Ia boleh menaikkan risiko untuk mendapat penyakit osteoporosis. Sebaiknya ambil sekurang-kurangnya 100mg kalsium setiap hari seperti mengambil yogurt, keju dan susu yang diperkaya dengan kalsium dan vitamin D.  




6) Jaga kulit anda

Pada tahap umur 30-an,kulit akan lebih menimbulkan kedutan, kesan sinaran matahari, dan garis halus. Ini kerana pembikinan kolagen dalam badan berkurang apabila umur kita kian meningkat. Tetapi ia tidak terlambat untuk menjaga dan memulihkan kulit anda. Elak kesan buruk cahaya matahari dengan menggunakan pelembap dengan SPF 30 atau ke atas. Gunakan pencuci muka 2 kali setiap hari dan pastikan anda mencuci make up anda  setiap hari sebelum tidur. Jangan lupa pakai Bio Ever Plus 2 kali sehari untuk menganjalkan kulit muka,nengecilkan lengan serta meruncingkan bentuk muka.




  


Semoga segala yang dikongsikan ini dapat menjadikan kita seorang wanita yang berdisiplin dalam menjaga kesihatan dan kecantikan diri. Tak salah untuk kita berhias cantik ini. Yang penting ikut kemampuan dompet kita tu. 

Jumpa di lain siaran..okies..

p/s: nak free fitting Premium Beautiful corset/nak beli Bio Ever Plus boleh contact zura di nombor ni: 017-3913924





 

Isnin, 4 Januari 2016

TAHUN BARU DAH SAMPAI...



Selamat tahun baru semua. Mesti adaazam baru kan? Tapi azam tahun-tahun lepas tu janganlah dibiarkan begitu je okies.. 

Sabar dan tabah hadapi tahun baru yang makin penuh liku

Khamis, 31 Disember 2015

#rindu21tahun

Haaaaaaaaaaa........ dah last day untuk tahun 2015 baru berkesempatan untuk hupdated belog ni. Moh la kita membacanya secara marathon. hihihi

Pada 12 December 2015(Sabtu) tahun ni gak..akhirnya kami dapat berkumpul semula warga-warga Sekolah Kebangsaan Simpang Lima, Sungai Besar, Selangor. Memang lepas 21 tahun baru dapat berkumpul..walaupon bukan semuanya yang hadir. Tak pe la kan, janji ada gak kita terlepas rindu dekat kawan-kawan sekolah rendah kan. Zura sekolah kat kampung hanya 2 tahun je (1993-1994) tapi hubungan persahabatan kami tetap erat dan kukuh. 

Sekarang dah zaman maju jaya kan.. alhamdulillah dapat berborak merapu mengejek di whatsapp group dan di situ jugak kami AJK-AJK banyak meeting (secret group). Nak berkumpul meeting memang tak ada masa dan memasing pon bukan duduk dekat-dekat. Jom kita imbas suasana hari bersejarah tu. Maaflah photo tak banyak,semua yang sopanayukacak tu dalam cameraman..penat tunggu ni tapi tak dapat-dapat.hmmm



Untuk pertama kalinya, kami berjumpa untuk bincang tentang reunion. Ini pon malam Raya Haji tempoh hari. Kiranya, siapa yang datang, dialah AJK..hihihi.. Serious si Tobarok (pic belah kanan dengan gegurls tu memasing,kami yang perempuan tak cam dia) Hahahah..rasanya memang yang lain pon ada tak cam..Nasib ko la cet..ingatkan kawan si Wak Dol(Firdaus).




Goodies beg yang zura sempat siapkan dirumah. Tapi ada 2 isinya terpaksa siapkan di sekolah. Alhamdulillah, kebanyakan goodies adalah disponser.


Banner untuk hari itu.. Juga disponser oleh salah seorang AJK.



Last minit order. Design ni salah seorang AJK yang buat, pastu dye take photo from destop kan, nampak tu ada shine dekat lencana. Memang copy paste sungguh kedai tu.huhuhu Tapi takpelah. Salah kami gak last minit order. Memang zura tak tengok hasilnya.Cuma pihak kedai tu dah inform barang pos esok..Selamat sampai rumah nenek dekat kampung.



Salah satu aktiviti pada hari tersebut, ada tukar-tukar hadiah. Ini semua pada mereka yang nak je la. Kami paham, sekolah nak buka kan.. Banyak duit nak guna.




Kami dah ready..Berdebor-debor sebenarnya. Mana taknya pertama kali handle majlis cenggini. Pastu kami bertolak pagi sabtu tu,sepatutnya jumaat tapi incik suami banyak kerja balik lambat.





Lokasi kami berpesta.Hahaha.. Mula-mula paln buat dekat kantin, sebabnya ada live masak mee hoon goren, mee goreng, keow tiew goreng. Jadinya dekat dewan lebih selesa dan banyak kerusi dan kipas. Di kantin depa simpan kerusi yang cantik-cantik.



Our Emcee: Pn. Siti Suhana



Saya sudah terkena bang..bang..boom.. Kena nyanyi la pulak dengan Long. Apa lagi abang long ajak duet lagu Memori Berkasih: siti Nordiana + Lan Kristal.. Kan masa ni tengah demam Gegar Vaganza. Dah nak habis kami karok, sekali hujann..hahaha




Kek red velvet ditempah dengan PN. Siti Ayisah. Memang sedap weii.. Zura yang mengidam 2 tahun berapa bulan tah kan, whatsapp Ayi ni mintak buatkan untuk reunion. Memang zura tak tahu Ayi ngah preggy, kalau tahu dah confirm tak sampai hati nak mintak dia buat. Zurayang ak preggy plak yang ngidam.. SEdapppppppppp...telan liur sekarang ni..huhu




Kami kanak-kanak tua yang excited nak makan kek..hihihi






Sebahagian dari warga SKSL Batch 1989-1994 yang dapat dikumpulkan pada hari itu. Hapening weii..



Ini budak, dalam whatsapp bukan main lagi karok la, nak sumbang suara la time reunion. Bila dah tiba harinya, menyorok disebalik kengkawan.. Dah habis majlis, melalak sumbang suara macam dah tak nak balik.. Mie..mie..mie




Sebahagian AJK-AJK yang berani melalak lepas majlis tamat. Time zura dengan Mat Top kena nyanyi, kemain lagi depa gelak sakan..sabo je la..Tak pekorang..ada ubi ada batas.............




Zura dengan Ruzilawati.. Ni memang #rindu21tahun. Dah lama tak jumpa Ruzi. Tapi masa reunion dia tak dapat datang..huhu




Kami bersama Cikgu Latifah. Ini ketika anak perempuannya kahwin.Cikgu jugak ibu kepada arwah kawan kami, Zainul Ariffin.. Bila tengok atau lalu depan rumah cikgu..teringat arwah Zainul. Banyak kenangan zura bersama arwah sebabnya arwah suka kacau zura. Al-fatihah buatmu kawan. Semoga dikau tenang di sana.



Zura bersama kawan baik: Puan Ida Ruyani.. Ida pon tak dapat datang reunion ..Sebab dah nak bersalin..huhu.. Ketika entry ni dibuat, Ida cakap belom bersalin lagi. Harap-harap jangan terlajak due.. Smoga awak dengan baby selamat semuanya nanti.




Zura bersama Puan Latifah. Masa ni hari reunion tapi pagi tu dari Shah Alam singgah Kuala Selangor,umah Tipah ambil "plak" untuk bagi sekolah sebagai kenag-kenangan.. Tipah ni buka kedai printing di sana.. Tipah pon memang #rindu21tahun . Tipah pon tak dapat hadir kerna nak ke KL inlaw dye datang.




Hanya beberapa keping je dapat zura share disini sebagai kenag-kenangan. Selebihnya masih ada pada photographer. Tak sabar nak tengok gambar-gambar kami. Segala zaman sekolah dulu terimbau dari mula kami nak anjurkan reunion sehinggalah habis reunion.

Terima Kasih pada semua AJK danrakan-rakan yang mengerah tenaga memberi idea secara langsung atau tidak. Yang penting kita semua hepi dan semoga ikatan persahabatan kita kekal hingga akhir hayat kita semua..