CIKGU CIKGI KAHWIN (PART 3)

Holaaa.. last episod cerita cikgu-cikgu kahwin.  Kali ni di pihak pengantin lelaki pulak ler. Seminggu selepas majlis pihak perempuan. Moh le kita berkampung di Selancar 3, Muadzam Shah. Dah lama sesangat tak pergi jenjalan rumah mak onga.huhu 

Kami berkonvoi anak beranak 3 buah kereta. Hari Jumaat pagi kami dah gerak and adalah berhenti tok singgah toilet ler,si bambam pokpok ler ending isi perut. Hahaha jauh sangat perjalanan kan. Kami sampai rumah mak onga dalam pukul 3 petang camtu la. Malam nanti ada majlis khatam al-quran si adik pengantin lelaki and ank buahnya, Insyirah. dan juga sepupu lelaki kami, Hayqal. 

Temanya hitam a.k.a sebab nak pakai jubah dari Mekah kata adik pengantin.Nasib baik ler ada jubah hitam.Suka nau dorang ni bagitaw last minit.Mana yang sempat je la ikot temanya..Yang lain jadi ler caca marba.Apa yang penting,kita meraikan pengantin. Jom layan kami yang meroyan kamera







Kami sampai-sampai jer dah penuh rumah..dorang rewang. Dah namanya felda kan,masih ada sifat berkampung yang sangat tinggi.






Eskem free floor gitu.. Nampak tak malas and tak puas dok makan pakai kon je.Terus suruh si Ayong ambil dalam mangkuk..Hahaha.. Eskem paling WIINNNN eskem durian..Memang sedap mabeles terasa duriannya. Si Diba cakap homemade durian tu .Betol la kot sebabnya memang terasa duriannya.Aishh menjejeh plak ayor liuq ni pandang eskem tu :)







Ini aksi kakak sepupu gedikss nak bermanja suap-suap bagai.nyampah..haha








Kami pon takmo ketinggalan jugak..Tapi siap silang-silang tangan taw..muahaha








Malamnya pon berlangsungla majlis khatam al-quran .Kami-kami keluarga je.






Wajib ada photo si bambam maklong ni..Waaaa tetibe rindu dekat Irdina.



Selepas selesai majlis dalam pukul 10.00 pm cenggitu, majlis isi perut dan selpieeeeeeee..hhahaha tapi tak banyak pon photo malam tu sebab kami dah terlalu penat. Lagipon ai kan kaki tak berapa sihat lagi.So tak boleh sangat aktif,tak bole lelama duduk dan tak boleh ler banyak berjalan..sobsobsob




















Mesti korang rasa nak muntah tengok banyak zura share photo kan? Tak kisah la,sebabnya setiap gambar ada  ceritanya sendiri. Dan zaman sekarang manada cuci-cuci gambar pastu simpan dalam album kan? Pernah zura niat macam tu tapi endingnya,p.drive kena virus..huhu













Ulasan

Catatan Popular