RESEPI AYAM/DAGING PERAP

Salam siaran.. Hari ini zura share resepi ayam/daging perap. Ramai yang dok pm and whatsapp tanya resepi. Sebenarnya resepi ni dari adik zura, si ibu Irdina.. Terkezut taw maklong ni bila ibu pandai masak..hahaha.. Kenapa ayam/daging? Kalau ikot resepi ibu Irdina tu guna ayam tapi bila zura buat pakai daging (balance raya qurban haritu). Kalau korang..ikot tekak la ye.. Tapi bagi zura and incik suami suka daging dari ayam..sebab lagi juicy and kekadang macam makan sate plak..


Tip paling wajib ikot.. korang buatla banyak-banyak sebab makin lama korang simpan dalam fridge tu makin sedap taw bila makan. Mestilah kan sedap..ramuan tu makin sebati dalam daging tu..


Jom... kita mulakan memasak..yiiihaaaa


1) Mula-mula sekali wajib purifier dulu bahan-bahan mentah supaya bahan-bahan yang tak penting dalam ayam/daging semua tu keluar.



Dah semestinya zura gunakan produk terbaik dari SHOM. Biozone food Purifier. Apa kegunaannya? Next post zura share okies.




Nampak tak tu yang buih-buih tu..Baunya memang busuk taw. Itulah lemak-lemak yang dapat disingkirkan oleh Biozone.Bila kita dah purifier bahan makanan.. rasanya lagi sedap lepas masak. Seriusss..

2) Bahan-bahannya



  • 1/2 ekor ayam (** kalau daging agak-agak je la ye )
  • 3 - 5 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar mayonis
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1/2 sudu kecil garam

Cara-caranya

  1. potong ayam ikot saiz yang korang suka
  2. bawang putih, lada hitam, jintan manis, jintan putih & garam ditumbuk sampai lumat (zura campurkan semua bahan ni and blander je.walaupon zura pakai serbuk lada hitam )
  3. Dah siap blender, lumurkan bahan tadi bersama mayonis & sos tiram.
  4. Perap ayam dalam 30 minit hingga 1 jam. (** zura perap semalaman simpan dalam fridge)
  5. Bakar dalam pan ajaib tu pon bole jugak. ** Kalau pakai pan ajaib tu.tutup je..pastu agak-agak dalam 5-10 minit tengok and terbalik-balikkan.
  6. Api sederhana je ye.Sebelum panggang,zura gris dengan butter..fuhh wangii baunya. Sekarang terus jadi lapar.hahaha








Daging panggang yang dah siap. Tengok gambar ni jadi makin terliur pulak.hahaha





Ni daging perap buat untuk rumah sentul. Dan sekarang ni setiap minggu zura buat ayam perap ni untuk mak. Mak masih berpantang lepas operation..So makan ni berselera sikitla kan. Panggang jer. Yang paling penting buang kulit.





Itu lah resepi yang zura kongsi. Selamat mencuba and zura yakin pasti menu ni akan jadi makanan wajib yang perlu ada dalam fridge korang. Kalau betol,komen la cikit..hihihi

Ulasan

Catatan Popular