#rindu21tahun

Haaaaaaaaaaa........ dah last day untuk tahun 2015 baru berkesempatan untuk hupdated belog ni. Moh la kita membacanya secara marathon. hihihi

Pada 12 December 2015(Sabtu) tahun ni gak..akhirnya kami dapat berkumpul semula warga-warga Sekolah Kebangsaan Simpang Lima, Sungai Besar, Selangor. Memang lepas 21 tahun baru dapat berkumpul..walaupon bukan semuanya yang hadir. Tak pe la kan, janji ada gak kita terlepas rindu dekat kawan-kawan sekolah rendah kan. Zura sekolah kat kampung hanya 2 tahun je (1993-1994) tapi hubungan persahabatan kami tetap erat dan kukuh. 

Sekarang dah zaman maju jaya kan.. alhamdulillah dapat berborak merapu mengejek di whatsapp group dan di situ jugak kami AJK-AJK banyak meeting (secret group). Nak berkumpul meeting memang tak ada masa dan memasing pon bukan duduk dekat-dekat. Jom kita imbas suasana hari bersejarah tu. Maaflah photo tak banyak,semua yang sopanayukacak tu dalam cameraman..penat tunggu ni tapi tak dapat-dapat.hmmm



Untuk pertama kalinya, kami berjumpa untuk bincang tentang reunion. Ini pon malam Raya Haji tempoh hari. Kiranya, siapa yang datang, dialah AJK..hihihi.. Serious si Tobarok (pic belah kanan dengan gegurls tu memasing,kami yang perempuan tak cam dia) Hahahah..rasanya memang yang lain pon ada tak cam..Nasib ko la cet..ingatkan kawan si Wak Dol(Firdaus).




Goodies beg yang zura sempat siapkan dirumah. Tapi ada 2 isinya terpaksa siapkan di sekolah. Alhamdulillah, kebanyakan goodies adalah disponser.


Banner untuk hari itu.. Juga disponser oleh salah seorang AJK.



Last minit order. Design ni salah seorang AJK yang buat, pastu dye take photo from destop kan, nampak tu ada shine dekat lencana. Memang copy paste sungguh kedai tu.huhuhu Tapi takpelah. Salah kami gak last minit order. Memang zura tak tengok hasilnya.Cuma pihak kedai tu dah inform barang pos esok..Selamat sampai rumah nenek dekat kampung.



Salah satu aktiviti pada hari tersebut, ada tukar-tukar hadiah. Ini semua pada mereka yang nak je la. Kami paham, sekolah nak buka kan.. Banyak duit nak guna.




Kami dah ready..Berdebor-debor sebenarnya. Mana taknya pertama kali handle majlis cenggini. Pastu kami bertolak pagi sabtu tu,sepatutnya jumaat tapi incik suami banyak kerja balik lambat.





Lokasi kami berpesta.Hahaha.. Mula-mula paln buat dekat kantin, sebabnya ada live masak mee hoon goren, mee goreng, keow tiew goreng. Jadinya dekat dewan lebih selesa dan banyak kerusi dan kipas. Di kantin depa simpan kerusi yang cantik-cantik.



Our Emcee: Pn. Siti Suhana



Saya sudah terkena bang..bang..boom.. Kena nyanyi la pulak dengan Long. Apa lagi abang long ajak duet lagu Memori Berkasih: siti Nordiana + Lan Kristal.. Kan masa ni tengah demam Gegar Vaganza. Dah nak habis kami karok, sekali hujann..hahaha




Kek red velvet ditempah dengan PN. Siti Ayisah. Memang sedap weii.. Zura yang mengidam 2 tahun berapa bulan tah kan, whatsapp Ayi ni mintak buatkan untuk reunion. Memang zura tak tahu Ayi ngah preggy, kalau tahu dah confirm tak sampai hati nak mintak dia buat. Zurayang ak preggy plak yang ngidam.. SEdapppppppppp...telan liur sekarang ni..huhu




Kami kanak-kanak tua yang excited nak makan kek..hihihi






Sebahagian dari warga SKSL Batch 1989-1994 yang dapat dikumpulkan pada hari itu. Hapening weii..



Ini budak, dalam whatsapp bukan main lagi karok la, nak sumbang suara la time reunion. Bila dah tiba harinya, menyorok disebalik kengkawan.. Dah habis majlis, melalak sumbang suara macam dah tak nak balik.. Mie..mie..mie




Sebahagian AJK-AJK yang berani melalak lepas majlis tamat. Time zura dengan Mat Top kena nyanyi, kemain lagi depa gelak sakan..sabo je la..Tak pekorang..ada ubi ada batas.............




Zura dengan Ruzilawati.. Ni memang #rindu21tahun. Dah lama tak jumpa Ruzi. Tapi masa reunion dia tak dapat datang..huhu




Kami bersama Cikgu Latifah. Ini ketika anak perempuannya kahwin.Cikgu jugak ibu kepada arwah kawan kami, Zainul Ariffin.. Bila tengok atau lalu depan rumah cikgu..teringat arwah Zainul. Banyak kenangan zura bersama arwah sebabnya arwah suka kacau zura. Al-fatihah buatmu kawan. Semoga dikau tenang di sana.



Zura bersama kawan baik: Puan Ida Ruyani.. Ida pon tak dapat datang reunion ..Sebab dah nak bersalin..huhu.. Ketika entry ni dibuat, Ida cakap belom bersalin lagi. Harap-harap jangan terlajak due.. Smoga awak dengan baby selamat semuanya nanti.




Zura bersama Puan Latifah. Masa ni hari reunion tapi pagi tu dari Shah Alam singgah Kuala Selangor,umah Tipah ambil "plak" untuk bagi sekolah sebagai kenag-kenangan.. Tipah ni buka kedai printing di sana.. Tipah pon memang #rindu21tahun . Tipah pon tak dapat hadir kerna nak ke KL inlaw dye datang.




Hanya beberapa keping je dapat zura share disini sebagai kenag-kenangan. Selebihnya masih ada pada photographer. Tak sabar nak tengok gambar-gambar kami. Segala zaman sekolah dulu terimbau dari mula kami nak anjurkan reunion sehinggalah habis reunion.

Terima Kasih pada semua AJK danrakan-rakan yang mengerah tenaga memberi idea secara langsung atau tidak. Yang penting kita semua hepi dan semoga ikatan persahabatan kita kekal hingga akhir hayat kita semua..

Ulasan

Catatan Popular