Jumaat, 21 Julai 2017

SAMBUTAN AIDILFITRI SEKSYEN BANGUNAN KEDIAMAN & REKREASI 2017 (SEBELUM KEJADIAN)

Salam 27 Syawal semua. Di penghujung Syawal ni pasti penuh jemputan rumah terbuka kan. alhamdulillah kita diberi peluang untuk berkongsi rezeki walaupon keadaan ekonomi cenggini. Minggu ni tinggal 2 jemputan je. Inshaallah akan hadir.

So now zura kongsi majlis jamuan raya Office pada 13 Julai 2017 bersamaan 19 Syawal 1438H.
Kali ni rasa seronok la sikit deko-deko kami.Coz idea-idea dari pelbagai sumber. Rasa macam last raya sambut bersama pulak.Hahhahaa. Jom kita layan semasa persiapan dulu ya. Banyak sebenarnya gambar-gambarnya tapi kita share sikit je la. Kang korang boring pulak.hahaha. Full picture bole pergi ke Facebook Azura Naser






Segala apa yang ada dirumah diangkut..hihihi








Cantik kan deko kami.Hahahaha puji sendiri. Tapi kan memang lagi wow dari last year punya deko taw. Ye la, bermula tahun lepas 2016, kami buat jamuan raya waktu siang. Tahun sebelum-sebelumya kami buat malam,so famili anak isteri kita boleh bawak sekali.

Segala yang ada pada deko tu guna barang tahun lepas, kertas-kertas dalam opis, ada yang mengangkut dari rumah. Buah kelapa and bumbung tu dah sah-sah zura suruh my bos Aris ambil dekat rumahnya.hahaaha ai is staf yang kejam. Kami nak nampak macam real kan. Bumbung daun kelapa, lemang tu memang real dari buluh lemang lepas bako tu, anyam ketupat bagai. Cuma gambar meriam coklat tu dari batang paip ja. Suruh budak kontraktor cat. Kerusi tu memang sorang staf punya dia simpan dalam stor. Nampak tak kreatif kan kitaorang. Dah namanya pejabat maintenance kan.

Ok nanti zura up lagi gambar semasa majlis ya. Banyak sangat gambar-gambar nak dijadikan kenangan. Dekat FB pon ada,nak share dengan korang kat sini sikit je la ye.Kang korang muntah hijo plak tengok banyak naw.


Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin ya dari zura untuk semua rakan alam maya.. Tunggu next entry kisah raya kami :)

Jumaat, 7 Julai 2017

AIDILFITRI 2017

Salam 13 Syawal 1438 khas untuk semua umat islam yang meraikannya and Happy Holiday kepada yang beragama lain. Macam mana raya korang tahun ni? Ofcoz la masih meriah kan walaupon dah 13 Syawal.. Mood Open House pulak kan.

For Zura and family,alhamdulillah seperti tahun-tahun sebelum ni. persiapan semuanya sederhana tapi memang meriah. Kerna pe? Sebabnya tahun ni giliran belah Zura pulak :)

Cuma Zura ada rasa terkulan sikitlah dengan diri sendiri tak dapat siapkan kuih raya.Hahahaha.. Ye... tahun ni zura rasa nak buat sendiri.alaaa biskut-biskut yang simpel je pon. Lagipon tahun ni zura tak niaga CarBooth Sale dekat Tesco Seksyen 13 tu. Kami sibuk dengan urusan lain tambahan pulak zura demam on off hampir 2 minggu pastu incik suami pulak take over.Huhuhu. Jadinya, bahan-bahan nak buat tu ada,kesihatan pulak tak mengizinkan. Yang sempat siap sebelum balik kampung hanya popia cheese dengan popia nestum je.Terkilan sangat taw. Tapi takpe la. Setiap apa yang terjadi pasti Yang Maha Esa tada sebab bagi kat kita kan.

So gambo selfie selpot pon nan hado..zura nak share jugak la walaupon sekeping je ada.hahaahha



Bila giliran beraya belah uwo, kami semua gegadis wajib pergi Sumgai Besar lepas aktiviti pagi raya. Hahahaha. Sebenarnya tak perlu nak pergi ramai pon,ye la nak belinya pon bahan-bahan untuk baraan je. tapi yang ngikotnya selagi kereta tak padat selagi tu tak kan bergerak. Kekdahnya memasing malas nak drive. hahaha.. Love uolls. Semoga ikatan pertalian adik beradik sepupu sepapat berkekalan hingga jannah.


video call from Kak Ji (adik zura no.4) a.k.a mmy Na. First time kena kerja dipagi raya. Sendiri call sendiri menangis. adoii apalah mmy ni, hati rapuh betol.  Kami 4 beradik dah biasa masa bujang kerja di Hari Raya. Cuma belum dipecahkan rekod si Ucu Na lah..



Ini je yang ada sekeping pulak tu gambar berdua dengan  incik suami untuk tema tahun ni: Emerald Green pilihan beliau.

Selamat Hari Raya buat semua Maaf Zahir Batin dari Zura dan suami.

Selasa, 20 Jun 2017

BIO VELOCITY CONFERENCE: THE SECRET TO GOOD LIFE: GOOD SLEEP (PART 2)

Hii uolls.. sibuk dah ke nak balik kampung? Sekejap je dah 25 Ramadhan kan? Ok la berhati-hati semasa dijalan raya ya. Zura just nak share sambungan info pengalaman masa hadir Hari Bio Velocity bulan lepas.

Kali ni kita dapat ilmu dari speaker hebat BVSM iaitu Dr. Hasbi Bin Harun















































Zura and partners seronok dapat banyak info ilmu berkaitan tidur dan Bio Velocity Sleep Mate ni. Kita selalu ambil enteng bab tidur tak cukup, terlebih tidur. Tak pernah pikir pon kan kesannya kepada badan kita emosi kita sendiri.

Korang boleh tengok video live testimoni lepas pegang BVSM dalam beberapa minit. Kesannya nampak serta merta. Video tu zura share dekat Instagram @bvsm.shahalam .  Jangan lupa follow ya

Jumpa kita di lain siaran uolls. Terima kasih sudi baca belog yang sendu ni :)

Isnin, 29 Mei 2017

RAMADHAN 2017 DATANG LAGI

Hii korang.. bersyukur kita diberi peluang sihat tubuh badan dipanjangkan usia menjalani ibadah puasa pada tahun ni.

Sekejap je kan, harini dah 3 Ramadhan. Dari semalam zura nampak ramai dah mula buat persiapan awal raya :) Terutamanya baju-baju raya la tu. Bab kuih-kuih raya tu lagi lah, sebelum Ramadhan ramai dah post iklan, share resepi. Dikesempatan ini,zura dan keluarga nak mengucapkan selamat berpuasa buat korang dan cuma satu je pesanan zura. JANGAN MEMBAZIR ya.





Zura share tip untuk kita cukup minum air 8 gelas sehari walaupon dalam berpuasa. Kalau boleh elakkan minum berais ya. Ye zura paham dengan cuaca sekarang ni panas dan kering tapi nak ke kita berpuasa atau beraya dihospital? Biarlah kita elak dari kita menepah tiket ke hospital. :)


Top 5 topik terhangat di Facebook ketika Ramadhan ni. Perasan tak? :)


Kesilapan kerap yang berlaku dalam Ramadhan


Denggar taw waktu berbuka atau imsak di Suria FM. Tahun ni tahun ke 2 taw Min Kaffe menaja

 Disini zura share 5 tip kita bertenaga sepanjang Ramadhan. Zura amalkan taw sebahgiannya dari tahun lepas. Alhamdulillah tiada gastrik cuba nak check in.

 Selamat berpuasa semua

Rabu, 24 Mei 2017

BIO VELOCITY CONFERENCE: THE SECRET TO GOOD LIFE: GOOD SLEEP ( PART 1)


Tarikh: 8 April 2017
Masa: 1400 petang hingga 1800 petang
Lokasi: Wisma MCA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur


Haiii...korang tau apa itu Bio Velocity Sleep Mate? Alahhh paling famours de amor tu si BVSM, pelapik tilam ajaib. Haaaa..tau pon kan :).


Pada 8 April baru-baru ni, zura and partner termasuk sebahagian dari Beautiful Circles Group dapat hadirkan diri pada hari tersebut. Bila ada hari BVSM ni bermakna ada penemuan baru dapat dipulihkan dengan bantuan BVSM. Inshaallah.





Rezeki datang takda pon awal sangat, tapi dapat gak duduk depan-depan.

Goodies kami dapat pada hari tersebut pon mestilah yang ada berkaitan kan.. iaitu Bio Seleza Pad. Walaupon zura dah setahun bertukar pada Bio Seleza, best jugak taw bila dapat lagi FREE.hihihi.. Hey.. manusia ni kan semua suka benda yang free.

Majlis bermula around 2.30 petang dengan dimulai lagu wajib SHOM and diikuti kata-kata dari General Manager(GM) Sahajidah HaiO Marketing: Mr. Tham Yoke Lon



Apa akan terjadi bila kita tak cukup tidur? Sudah semestinya badan kurang cergas,muka tak bermaya walaupon kulit tu licin bak telur rebus lepas dikupas. Hahaha. Paling ketara tu mestilah mood takda kan?

Korang tahu tak yang BVSM ni dapat bantu Imnosenia (gangguan tidur tak cukup). Bagaimana BVSM bantu? Jom teruskan membaca slot segala pengenalan apa yang kita perlu tahu.


Slot penting ni diterangkan oleh Mr. Dr. Raymond Tan Suan-Kuo dari Persatuan Pemasalahan Tidur Malaysia.









Nantikan ya,zura akan kongsi banyak sangat manfaatnya Pelapik tilam ajaib ni. And live testimoni pon sempat zura rakam. Tunggu taw and teruskan membaca dan terima kasih kerna sudi baca kisah cerita dalam blog yang so so ni..hihihi






"SESUNGGUHNYA KESIHATAN INI ADALAH NIKMAT HARTA YANG TAK TERNILAI"


SEQY ACTIVITIES 2018 - WAVE 3

Hai Selamat Pagi.. Hari ni mesti ramai dah sampai ke kampung kan? Rabu ni kan Raya Haji. Hari ni baru zura free nak marathon hupdate blog n...